BROMPTON JOHORE

KELAB REKREASI BERBASIKAL BROMPTON JOHOR BAHRU JOHOR

Alamat Surat-Menyurat / Correspondence Address :
No 5, Medan Alif Harmoni 1/2,
Taman Damasara Alif,
81200 Johor Bahru,
Johor.

🎵 THE SOUND OF JOURNEY – BROMPTON JOHORE

© 2025
Designed by BROMPTONERS, Aer

TENTANG KAMI / ABOUT US :

TENTANG KAMI / ABOUT US :


Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor secara rasmi didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah kelab rekreasi berbasikal yang menghimpunkan pemilik dan peminat basikal lipat jenama Brompton. Bermula daripada aktiviti kayuhan santai bersama rakan-rakan di sekitar Johor Bahru, Kelab ini telah berkembang menjadi sebuah komuniti yang aktif, berdisiplin, dan berdaftar secara rasmi bagi memastikan pengurusan lebih tersusun serta memberikan manfaat kepada ahli-ahlinya.

Kelab ini bukan sahaja menjadi platform untuk aktiviti berbasikal, tetapi juga berfungsi sebagai wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat, serta mengangkat nama Johor di persada rekreasi dan sukan berbasikal.


🫟 English Version :

The Brompton Johor Bahru Johor Recreational Cycling Club is officially registered under the Registrar of Societies Malaysia (ROS) as a recreational cycling club that unites owners and enthusiasts of Brompton folding bicycles. What began as casual rides among friends around Johor Bahru has since grown into an active, disciplined, and officially registered community, ensuring structured management and greater benefits for its members.

The club not only serves as a platform for cycling activities but also acts as a medium to foster camaraderie, promote a healthy lifestyle, and elevate Johor’s name in the sphere of recreational and sporting cycling.


MATLAMAT / OBJECTIVE :

Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor berperanan mempromosikan gaya hidup sihat, mengeratkan ukhuwah, meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, serta menjadi platform rasmi pemilik Brompton untuk berkongsi ilmu dan memperluas jaringan komuniti.


🫟 English Version :

The Brompton Johor Bahru Johor Recreational Cycling Club aims to promote a healthy lifestyle, foster friendship, raise road safety awareness, and serve as an official platform for Brompton owners to share knowledge and expand community networks.


SIMBOLIK LOGO / LOGO SYMBOLISM :

Huruf “B” direka dalam gaya moden tiga dimensi dengan lapisan tona putih dan kelabu, melambangkan kekuatan, gaya serta dinamik. Di atasnya terletak sebuah mahkota putih yang menzahirkan kebanggaan negeri Johor dan semangat kepimpinan dalam komuniti berbasikal. Kebanggaan ini turut diperkukuh dengan simbol bintang lima bucu bintang pada bendera Johor, yang membawa maksud Rukun Islam yang lima, selari dengan pegangan majoriti ahli kelab. Huruf “B” juga berperanan sebagai awalan bagi Brompton, yang turut menegaskan identiti kelab.


🫟 English Version :

The letter “B” is crafted in a modern three-dimensional style, layered in tones of white and grey to embody strength, style, and dynamism. Above it rests a white crown, symbolizing the pride of Johor and the spirit of leadership within the cycling community. This pride is further reinforced by the five-pointed star on the Johor state flag, representing the Five Pillars of Islam, in harmony with the faith of the majority of club members. The letter “B” also serves as the initial for Brompton, which further affirms the club’s identity.


WARNA LOGO / LOGO COLOUR :

Putih – Simbol ketulusan dan perpaduann
Hitam – Simbol kekuatan dan keteguhan.
Kelabu – Simbol keseimbangan dan neutraliti.


🫟 English Version :

White – Symbolizes sincerity and unity.
Black – Symbolizes strength and resilience.
Grey – Symbolizes balance and neutrality.


KENAPA SERTAI BROMPTON JOHORE ?
WHY JOIN BROMPTON JOHORE ? :

Jadilah sebahagian daripada komuniti eksklusif penunggang Brompton yang aktif di Johor!
Sebagai ahli berdaftar Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor, anda akan menikmati pelbagai keistimewaan, hubungan, dan peluang yang menjadikan pengalaman berbasikal anda lebih bermakna dan menyeronokkan
.


🫟 English Version :

Be part of an exclusive community of active Brompton riders in Johor!
As a registered member of Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor, you’ll enjoy special privileges, connections, and opportunities designed to make your cycling experience even more rewarding.


FAEDAH KEAHLIAN / MEMBERS BENEFITS :

  1. 🔸️Potongan 5% untuk semua barangan rasmi Brompton Johore.
    🔹️Enjoy special discounts on all official Brompton Johore products and apparel.

  2. 🔸️Konsultasi teknikal percuma untuk penjagaan dan penyelenggaraan basikal.
    🔹️Get expert advice and support for your Brompton maintenance and performance.

  3. 🔸️Tenaga mahir untuk servis dan pembaikan basikal.
    🔹️Access our team of experienced technicians for professional servicing.


  4. 🔸️Keutamaan menyertai kayuhan dan acara rasmi kelab.
    🔹️Receive priority invitations for official rides, gatherings, and events.

  5. 🔸️Jalinan komuniti dan persahabatan antara pemilik Brompton.
    🔹️
    Build strong connections with fellow Brompton enthusiasts across Johor.

  6. 🔸️Keychain dan stiker eksklusif tertera nombor keahlian anda.
    🔹️Receive a personalized keychain and sticker engraved with your membership ID.


EXCLUSIVE KEYCHAIN & STICKER /
KEYCHAIN & PELEKAT EKSKLUSIF :

Hanya ahli yang berdaftar secara rasmi dengan Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor layak menerima keychain dan pelekat keahlian eksklusif ini.
Setiap keychain diukir dengan nombor keahlian unik sebagai tanda pengiktirafan rasmi sebagai ahli keluarga Brompton Johor Bahru Johor


🫟 English Version :

Only official registered members of Kelab Rekreasi Berbasikal Brompton Johor Bahru Johor will receive this exclusive membership keychain and sticker.
Each keychain is uniquely engraved with the member’s registration number, symbolizing official recognition as part of the Brompton Johor Bahru Johor family.


KOLEKSI JERSI PERTAMA /
FIRST JERSEY COLLECTION :

Jersi rasmi pertama Brompton Johor Bahru Johor ini direka dengan gabungan gaya dan keselamatan.
Bahagian lengan kanan berwarna terang berfungsi sebagai ciri keselamatan tambahan supaya penunggang lebih mudah dilihat oleh pemandu dari arah belakang semasa berkayuh di bahu jalan.

Diperbuat daripada kain bernafas dan cepat kering, jersi ini memberikan keselesaan maksimum untuk kayuhan jarak jauh dengan potongan slim-fit yang kemas dan bergaya.
Setiap jersi menampilkan emblem Brompton Johore bersama simbol B-Crown — lambang penyatuan, identiti, dan kebanggaan ahli.


🫟 English Version :

This first official Brompton Johor Bahru Johor jersey design represents both style and safety.
The right sleeve is intentionally crafted in a bright, contrasting color to enhance visibility when cycling on the roadside — allowing drivers approaching from behind to notice riders more easily.

Made from breathable quick-dry fabric, the jersey ensures comfort during long rides, while its slim-fit cut provides a clean and sporty appearance.
Each jersey proudly features the Brompton Johore emblem with the iconic B-Crown symbol — a mark of unity, identity, and pride among members.


KOLEKSI JERSI KEDUA /
SECOND JERSEY COLLECTION :


KOLEKSI JERSI KETIGA /
THIRD JERSEY COLLECTION :